Posts

Pendakian di Gunung Lambak

Image
28/09/2020 Gunung Lambak, Kluang Johor Saya sekeluarga seramai 6 orang berpeluang mendaki Gunung Lambak ketika hujung minggu setelah melawat abang saya di asrama sebuah sekolah di Kluang. Gunung Lambak ada dua puncak. Puncak Utama setinggi 510 meter dan Puncak Kedua pula setinggi 470 meter dari aras laut. Kami berjaya mendaki dan selamat sampai ke kedua-dua puncak menjelang tengahari. Saya rasa amat teruja kerana berjaya menawan dua puncak dengan kepuasan dan selamat naik dan turun. Saya sentiasa diberikan semangat oleh ahli keluarga untuk terus mendaki dan saya rasa selamat kerana sentiasa diawasi sejak memulakan pendakian sehingga tamat. Alhamdulillah, satu pengalaman yang menarik dan tidak sabar untuk membuat pendakian seterusnya di gunung dan bukit yang lain. Sebelum ini saya telah mendaki Gunung Angsi, Gunung Ulu Semangkuk, Gunung GAP, Bukit Wawasan, Bukit Gasing, Bukit Jugra, Bukit Broga, Bukit Taisho, Bukit Senaling, Bukit Berekeh, dan Denai 3 Puteri. Saya sentiasa menantikan se...