Pendakian di Gunung Lambak
28/09/2020
Gunung Lambak, Kluang Johor
Saya sekeluarga seramai 6 orang berpeluang mendaki Gunung Lambak ketika hujung minggu setelah melawat abang saya di asrama sebuah sekolah di Kluang.
Gunung Lambak ada dua puncak. Puncak Utama setinggi 510 meter dan Puncak Kedua pula setinggi 470 meter dari aras laut. Kami berjaya mendaki dan selamat sampai ke kedua-dua puncak menjelang tengahari.
Saya rasa amat teruja kerana berjaya menawan dua puncak dengan kepuasan dan selamat naik dan turun. Saya sentiasa diberikan semangat oleh ahli keluarga untuk terus mendaki dan saya rasa selamat kerana sentiasa diawasi sejak memulakan pendakian sehingga tamat.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang menarik dan tidak sabar untuk membuat pendakian seterusnya di gunung dan bukit yang lain. Sebelum ini saya telah mendaki Gunung Angsi, Gunung Ulu Semangkuk, Gunung GAP, Bukit Wawasan, Bukit Gasing, Bukit Jugra, Bukit Broga, Bukit Taisho, Bukit Senaling, Bukit Berekeh, dan Denai 3 Puteri. Saya sentiasa menantikan sekiranya berpeluang lagi untuk mendaki mana-mana bukit dan gunung.
Permulaan pendakian di kaki Gunung Lambak. Ketika awal terdapat tangga kayu disediakan.
Keadaan tanah yang agak mencabar untuk didaki ketika pendakian semakin tinggi.
Terdapat air terjun kecil di kaki gunung menarik perhatian pengunjung.
Keadaan hutan yang berkabus tebal di awal pagi sepanjang pendakian. Cuaca sejuk dan kurang rasa kepenatan.
Masih dalam pendakian ke Puncak Kedua yang masih berkabus.
Berehat seketika untuk mengurangkan kepenatan.
Menyambung pendakian...
Saiz ulat gonggok yang lebih besar dari biasa.
Selamat tiba di Puncak Kedua.
Pendakian ke Puncak Utama yang lebih tinggi dan lebih mencabar.
Keadaan tanah dengan akar kayu yang berselirat menambah cabaran pendakian.
Selamat tiba di Puncak Utama.
Pemandangan yang menarik dari puncak gunung.
Menurun gunung dalam keadaan tanah yang curam dan perlu berhati-hati.
Sungguh segar rasanya dapat basahkan kepala setelah selesai turun di kaki gunung.
Saya meminati aktiviti pendakian bukit dan gunung bersama keluarga. Sejak saya berumur 6 tahun lagi saya mengikuti keluarga saya mendaki. Saya rasa seronok dan tiada masalah untuk aktiviti lasak seperti ini.
Wah! Tahniah Faheem. Lepas ni nak panjat gunung mana pula?
ReplyDeleteTunggu ayah ajak panjat bukit mana² inshaAllah akan pergi.
DeleteSemoga Faheem terus cemerlang. Bakal pendaki Gunung Everest ni 😊💪💪
ReplyDeleteInshaAllah kalau ada rezeki nanti. Terimakasih dan doakan.
DeleteTerimakasih.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah, terima kasih kerana berkongsi pengalaman faheem mendaki gunungnlambak. Sangat menarik! Buatkan sy ingin ke sana 🤩🤩🤩
ReplyDeleteSaya syorkan kepada peminat hiking untuk datang mendaki ke Gunung Lambak. Antara gunung yang menarik suasananya dengan pokok-pokok yang ada kelihatan unik dan keadaan tanah yang mencabar untuk didaki.
DeleteWah..hebat faheem..kuat utk mendaki gunung & bukit yang tinggi.nanti boleh cerita lg pengalaman faheem
ReplyDeleteLain kali saya akan buat lagi. Doakan saya😁
DeleteAssalamualaikum. Antara senaling dengan jugra, mana trail yang lebih susah?
ReplyDeleteSenaling tak pernah pergi lagi
Delete